Khasiat Set Asas Shaklee

set asas shaklee


Mungkin kita terfikir adakah makanan yang kita makan 3 kali sehari mempunyai segala nutrisi yang diperlukan oleh badan? Jom... kita berkongsi set asas Shaklee yang terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan oleh badan. 


Khasiat Set Asas Shaklee

Di antara khasiat lain yang boleh diperolehi dari pengambilan set asas Shaklee adalah ianya dapat membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi kesihatan yang menyeluruh kepada setiap seorang yang mengambil set asas Shaklee. Vitamin dan mineral ini terdiri dari
VITA-LEA (IRON FORMULA) is MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL. One of the most complete dietary supplement by Shaklee. Semua masalah kesihatan memerlukan multivitamin Vita-Lea 
B-COMPLEX - DIETARY SUPPLEMENT. Mempunyai system penyerapan berpaten dikenali sebagai Asid Folic, iaitu sejenis vitamin yang tidak dapat diserap badan dengan mudah. Ada satu lapisan asid folic yang unik pada vitamin B-Complex Shaklee. 

Kenapa Perlu Makanan Tambahan?

kenapa perlu makanan tambahan

Tau tak? Kajian sains telah dibuat.. tanya la pakcik G :) dan telah terbukti bahawa dengan pengamblan makanan  yang mempunyai nutrisi yang optima berserta dengan pengambilan makanan tambahan atau dietary supplement insyallah akan menyelamatkan kita daripada mengalami penyakit atau masalah kesihatan yang serius.

Badan Kekurangan Nutrisi Penting

Kekurangan nutrisi atau vitamin yang tertentu yang diperlukan oleh badan adalah faktor utama kepada wujudnya penyakit kronik. Ramai di antara kita mengamalkan diet seharian yang tidak mempunyai nutrisi atau vitamin yang secukupnya untuk keperluan badan. Ini sebenarnya adalah punca utama badan akan terdedah kepada perbagai penyakit.
jadi ahli shaklee
Jadi kenapa masih ramai lagi yang belum sedar diet seharian kita yang tidak seimbang perlu kepada pengambilan makanan tambahan sebagai penganti untuk segala vitamin dan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.

Penyakit Kronik 100% Berpunca Dari Genetik?

Penyakit kronik di antaranya seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi sentiasa dikaitkan dengan faktor genetik kan? Sebenarnya faktor genetik bukanlah 100% 

Akibat Kekurangan Kalsium

kalsium shakleeKalsium adalah salah satu mineral yang utama dan dikaitkan dengan kesihatan tulang dan gigi. Tak pernah kita tahu kan... Selain itu, Kalsium juga turut memainkan peranan dalam mempengaruhi kesihatan organ-organ dalaman yang penting di dalam badan.

Jom Tengok… Tanda Badan Kekurangan Kalsium

  • Sakit Sendi
  • Kejang Otot
  • Kebas, Rasa Mencucuk Sekeliling Tangan dan kaki
  • Keletihan
  • Rambut Kasar
  • Kulit Kering
  • Tumit Pecah serta Kasar
  • Eczeme
  • Kemurungan dan Mudah Marah
  • Daya Ingatan Berkurangan

    Gaya Hidup Sihat

    gaya hidup sihat


    Mengamalkan gaya hidup sihat adalah kunci utama untuk kehidupan yang sihat sepanjang hayat. Jom kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan beberapa perkara yang cukup asas seperti:

    Makan Secara Sihat - mengamalkan diet yang seimbang berasaskan pada piramind makanan, pilihlah makanan yang mengandungi rendah lemak, rendah gula dan garam. Kita perlu makan mengikut waktu yang teratur, tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
    Pengambilam multivitamin mungkin juga boleh membantu dalam memastikan badan menerima zat-zat yang diperlukan dengan secukupnya. Suplemen Dalam Kehidupan.
    Katakan TIDAK! pada rokok - merokok mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung sebanyak 10 kali ganda. Merokok boleh menjejaskan hampir kesemua organ dan tisu badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 yang boleh menyebabkan kanser. 
     Ini memang fakta bukan auta :) Ayah puterijamu merokok masa muda-muda dulu, sekarang injap jantung ayah tak berfungsi sepenuhnya, dinding jantung keras, ini yang menyebabkan ayah menjadi lelah dan selalu tercungap-cungap bila bernafas. Oksigen tak sampai ke otak sepenuhnya menyebabkan ayah acapkali muntah-muntah sebab pening. Ini juga adalah kesan dari masalah jantung. Doktor kata ini adalah kesan dari merokok. So! jom kita amalkan gaya hidup sihat.

    Vitamin Penting Untuk Wanita

    vitamin shaklee

     

    Vitamin sangat penting untuk kaum wanita,  macam Puterijamu la... Kombinasi vitamin-vitamin yang tertentu yg diperlukan badan adalah bergantung kepada usia dan keperluan seseorang. Sebagai contoh Puterijamu ambil B-Complex sebab selalu stress dengan kerja, ambil Multivitamin sebab diet puterijamu tak seimbang, jadi untuk melengkapkan diet seharian ambil sebiji multivitamin sehari. 

    Jom tengok... Vitamin Penting Untuk Wanita

    Vitamin A ; Dikenali sebagai anti oksida untuk membantu menentang serangan radikal bebas terhadap badan. menurankan risiko diserang penyakit kronik, memperlambatkan proses penuaan. Antioksida meningkatkan ketahanan badan ketika menghadapi tekanan. Boleh didapati di antaranya tomato, sayuran dan buah-buahan.
    Vitamin C ; Untuk meningkatkan sistem imum badan dengan membantu meningkatkan tenaga menjadi stabil. Vitamin C sangat penting dalam mempercepatkan proses
    vitamin c shaklee
    penyembuhan. Amat penting untuk mencegah penyakit jantung dan katerek. Sumber makanan seperti kiwi, tomato, brokoli kaya dengan Vitamin C.
    * Mungkin ada info kat sini, Kenapa Perlu Vitamin C?
    Vitamin E ; Membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit, kuku serta rambut. Membantu melambatkan proses penuaan di dalam badan. Vitamin ini penting untuk wanita. Sumber Vitamin E di antaranya adalah gandum, biji bunga matahari dan minyak ikan

    Kenapa Perlu Vitamin C?

      fungsi vitamin c

    Vitamin C adalah lebih menarik perhatian ramai jika dibandingkan dengan vitamin-vitamin yang lain. Itu termasuk Puterijamu. Tak tau kenapa, tapi macam suka je nak cerita pasal Vitamin C. Vitamin C adalah salah satu dari vitamin utama, sudah tentu ianya amat penting dalam kesemua aspek kesihatan badan kita.

    Keperluan Vitamin C Untuk Badan

    Jom kita tengok di antara fungsi Vitamin C
    • Membantu membina Kolagen, tisu-tisu badan, ligamen dan pembuluh darah
    • Berperanan sebagai anti-oksida yang melindungi badan dari radikal bebas
    • Berperanan mencegah penyakit sawan, iaitu penyakit yang berpunca daripada badan yang mempunyai kurang daya tahanan yang rendah. 
    • Boleh Mencegah sesetengah penyakit barah  
    • Dapat membantu Mencegah penyakit berkaitan dengan jantung
    • Membantu dalam sistem Kesuburan lelaki
    • Dapat mencegah serta menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam, selsema
    • Mengekalkan sistem imunisasi, ketahanan badan untuk melawan penyakit agar badan kekal sihat
    • Membantu pembentukan gigi, tulang, tisu badan dan tulang rawan 

    Nak Kempiskan Perut Dengan Shaklee... Cuba Herb-Lax

    herblax 

    Herb-Lax adalah salah satu produk Shaklee yang hot, ramai peminat you... Aweks-aweks cun yang nak slim meling, yang nak kempiskan perut memang Herb-Lax la menjadi pilihan. Tak risau ambil produk Shaklee ni sebab 100% semulajadi, sentiasa selamat dan keberkesanan terjamin. Kesemua bahan yang digunakan sebagai ramuan adalah hanya yang terbaik.

    Apa Itu Herb-Lax

    Herb-Lax adalah tergolong dalam kategori julap. Ianya diperbuat daripada hanya bahan-bahan semulajadi yang terpilih. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah pembuangan yang tidak lawas serta sembelit, pesakit gout, untuk pembersihan usus dan juga bagi mereka yang mengalami masalah kulit seperti jerawat. 

    Apabila usus kita sihat, penyerapan vitamin yang diperlukan oleh badan akan menjadi lebih cepat dan berkesan. Mungkin ini lebih menarik... Kenapa Perlu Detoks

    ESP Shaklee... Tahan Berapa Lama

    Soalan yang mungkin biasa diajukan apabila produk Shaklee, ESP diperkatakan

    kebaikan esp Apa Benda ESP tu?

    Energizing Soy Protein, E-Soy Protein atau ESP. Dalam setiap 850g ESP, ianya berasal daripada 30kg kacang soya. Protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Kandungannya hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) ESP Shaklee penuh dengan khasiat mengandungi 22 jenis Asid Amino berserta 9 Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia
    * Mungkin ini boleh membantu untuk tahu apa itu ESP, Testimoni Pengguna Shaklee

    Apa Khasiat ESP?

    Setiap hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2x lebih daging, 4x lebih dari Telur, 12x lebih dari susu. Kandungan ESP rendah lemak, rendah kolestrol serta mudah diserap oleh badan. Pengambilan ESP sebagai diet harian adalah kunci kepada pengekalan kulit serta otot bagi memastikan badan sentiasa sihat dan bertenaga. Secara ringkas di antara khasiat ESP adalah: 

    Asid Amino Penting

    Kahadiran Asid Amino adalah penting kepada kesihatan system saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, pembentukan organ-organ penting dan struktur sel.

    Fungsi Utama Asid Amino


    Asid Amino merupakan kompenen utama dalam proses metabolism. Jika diet seharian tidak mengandungi Asid Amino yang lengkap, kesihatan akan terjejas. Kekurangan Asid Amino penting di dalam badan boleh dikaitkan dengan gejala keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan dan ketidakseimbangan hormon. 

    esp shaklee
    Blok Protein Terdiri Daripada Molekul Kecil Yang Dinamakan Asid Amino

    Diantara Asid Amino Yang Diperlukan


    Histidine ; membina dan mengekalkan tisu yang sihat, juga untuk kesihatan mental dan fizikal
    Isoleucine ; sistesis hemoglobin – sel darah merah
    Leucine – pemyembuhan kulit, tulang
    Lysin ; pertumbuhan tulang,penyerapan kalsium, menghasilkan antibodi, hormone, enzim, pembentukan kolagen
    Methionine ; membantu dalam pemecahan lemak dan kesihatan kulit serta kuku
    Phenylalanine ; kesihatan saraf, meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan
    Threonine ; menyeimbangkan protein, menstabilkan gula di dalam darah
    Tryptophan ; meringankan migrin dan kemurungan
    Valine ; pembinaan otot, merangsangkan system saraf pusat (fungsi mental)