Tanda Kulit Tidak Sihat



tanda kulit tidak sihat

Kulit adalah cermin dari apa yang yang terjadi di dalam badan kita. Kajian klinikal telah membuktikan bahawa kulit memerlukan vitamin yang tertentu, mineral dan anti-oksida bagi menghasilkan kulit yang lebih muda dan sihat.


Tanda Kulit Tidak Sihat

testimoni esp shakleeKulit kita mencerminkan kesihatan kita. Kedut, kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat, berjeragat menandakan gaya hidup kita yang tidak sihat. Ini sudah tentu berkait rapat dengan pemakanan yang tidak sihat serta mengabaikan nutrisi yang menjadi keperluan kulit. Kulit putih seperti telur yang dikupas dianggap kulit sihat. Tetapi putih belum tentu kulit itu sihat. Oleh itu penting untuk kita mengetahui apakah tanda kulit tidak sihat.

  • Kasar, kusam, tidak bermaya, mengeleber… kalau dicubit tidak akan kembali kepada asal. Kulit yang tidak bersih dan berjerawat juga boleh dianggap sebagai tanda kulit tidak sihat.
  • Kalau permukaan kulit dicubit, kulit tidak sihat tidak akan segera kembali seperti semula setelah cubitan dilepaskan.
  • Perhatikan muka dihadapan cermin, perhatikan pori-pori. Adakah pori terlampau besar? Kulit yang mempunyai pori-pori yang besar adalah di antara tanda kulit tidak sihat.
  • Perhatikan kulit wajah, adakah kusam atau cerah. Kulit yang tidak sihat sudah tentu akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Tone kulit juga tidak sekata.

Jika kulit kita mempunyai tanda kulit tidak sihat, jangan risau... Kerana untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah sangat mudah. Tetapi tidak ada jalan pintas, yang penting penjagaan yang normal serta dilengkapi dengan pengambilan nutrisi untuk kulit perlu diteruskan kerana kulit akan mengalami proses regenesis secara semulajadi.
*** Mungkin ini sesuatu yang menarik Atasi Kulit Kusam dan Berubah Kepada Kulit Berseri

Rawatan Dari Dalam

Perbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan yang mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk kulit. Elakan dari makanan yang mengandungi bahan kimia yang susah untuk dihadamkan. Ianya seperti makanan segera yang mengandungi perasa tiruan, pengawet, makanan yang dimasak dalam tempoh yang lama.

Hindarkan diri dari mengalami tekanan yang berpanjangan. Pasti ada perkara yang menarik disekitar kita yang kita selalu terlepas pandang. Jadi cuba sedaya mungkin untuk tidak berada di dalam perasaan yang tertekan.

Rawatan Dari Luar

Bermula daripada kosmetik, penjagaan kulit muka mestilah yang bersesuaian. Pastikan pada malam hari kulit perlu kepada nutrisi yang boleh membantu proses regenisis kuli dan pembentukan sel-sel baru untuk kembalikan kesegaran kulit.

Jangan malas untuk membersihkan kekotoran dari kulit seperti selepas seharian kulit selitupi dengan kosmetik. Jika rutin ini diabaikan pori-pori kulit akan tersumbat menyebabkan kulit tidak dapat bernafas maka akan timbul jerawat dan masalah kulit yang lain.

Masker. Jadikan sebagai rutin dalam penjagaan kulit, sekurang-kurang seminggu sekali. Ini adalah kerana pemakaian masker dapat mengangkat sel-sel kulit mati yang boleh menyebabkan kulit nampak kusam.  


jadi ahli shakleeDiantara nutrisi yang diperlukan oleh kulit adalah

Vitamin C ; mengurangkan kesan radikal bebas pada kulit. Radikal bebas mengurangkan kolagen dan keanjalan kulit. Diperolehi dari buah-buahan seperti jambu biji merah, tomato, brokoli

Vitamin E ; Membantu mengurangkan kedut dan kulit kering. Diperolehi dari biji matahari, bawaym, tomato, kubis, asparagus

Vitamin A ; Kulit kering dan menggerutu adalah tanda kulit kekurangan Vitamin A. Boleh didapati dengan pengambilan hati, kentang, sayuran hijau, bayam dan sebagainya.
*** Mungkin ini boleh membantu. Jom laaa... buat che Abe happy

Testimoni pengguna E-Soy Protein - ESP Shaklee

esp shaklee
testimoni esp shaklee 






Jom join Puterijamu untuk jadi ahli Shaklee atau untuk jadi pengedar sah Shaklee bagi menikmati harga ahli yang ternyata jauh lebih murah dari harga runcit. Berbaloi-baloi. SHAKLEE 100% Semulajadi, Selamat dan Berkesan

Jangan lupa borak dengan Puterijamu di puterijamu@gmail.com atau di 013 333 9243 untuk tips kesihatan serta cara pengambilan vitamin untuk kesan lebih optimum



No comments:

Post a Comment