Showing posts with label E-Soy Protein Shaklee. Show all posts
Showing posts with label E-Soy Protein Shaklee. Show all posts

Protein Amat Penting

jadi ahli shaklee


Di antara peranan penting Protein adalah untuk membaik pulih tisu serta membina tisu-tisu baru di dalam badan. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan tempoh jangka hayatnya. Ini adalah kerana Protein adalah merupakan bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau sel-sel yang telah mati. Harus tahu sel kulit kita akan diganti setiap 24 hari.


Peranan Protein Pada Kulit

Collagen Adalah Salah Satu Unsur Protein - Collagen diperbuat daripada protein berserat tinggi yang diperlukan kulit, salur darah, tulang dan gigi. 30% daripada keseluruhan

Bersahur Dengan Shaklee Pasti Terangkat


Bersahur menjadi satu kemestian setiap kali berpuasa. Kalau tidak, rase dok rok la pepagi esoknya :) Teman setia puterijamu semasa bersahur haruslah E-Soy Protein campur susu campur kurma. Tak kira la kalau terbangun lambat ke, terbangun cepat ke.   Itu lah satu-satu menu yang wajib ada. Jom tengok... Kebaikan dan Kelebihan ESP Shaklee.


Kenapa ESP Untuk Bersahur

ESP atau E-Soy Protein atau Energizing Soy Protein diperbuat daripada serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak.  Kacang Soya Bahaya? Ia mengandungi kacang soya non - GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino. Kandungan ESP mengandungi rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita terdiri daripada sel, otot-otot, kulit, kuku yang mana semuanya berasal daripada protein.
SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN

Kacang Soya Bahaya?

kacang soya gmo


Kacang soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya? 2 gelas susu soya sehari sudah  cukup untuk mengubah kitaran haid wanita! WAIT!!! Macam-macam fakta yang kita jumpa bila kita Tanya Pakcik Google kan… Perbagai jenis soya seperti dalam bentuk serbuk, dalam kotak, dalam botol dan sebagainya. The very first question yang kita perlu ada adalah ‘ADAKAH SOYA BETUL-BETUL SELAMAT?’

Apa Yang Perlu Kita Tahu

- Bagaimana kacang soya ditaman?
- Bagaimana kacang soya diproses?
- Adakah kandungan soya mengandungi mineral atau Asid Amino yang penting untuk badan kita?
- Bagaimanakah cara pembuatan untuk menghasil kan serbuk soya atau susu soya?
- Berapakah tahap suhu yang digunakan semasa pemprosesan kacang soya?

ESP Shaklee... Tahan Berapa Lama

Soalan yang mungkin biasa diajukan apabila produk Shaklee, ESP diperkatakan

kebaikan esp Apa Benda ESP tu?

Energizing Soy Protein, E-Soy Protein atau ESP. Dalam setiap 850g ESP, ianya berasal daripada 30kg kacang soya. Protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Kandungannya hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) ESP Shaklee penuh dengan khasiat mengandungi 22 jenis Asid Amino berserta 9 Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia
* Mungkin ini boleh membantu untuk tahu apa itu ESP, Testimoni Pengguna Shaklee

Apa Khasiat ESP?

Setiap hidangan ESP adalah bersamaan dengan 2x lebih daging, 4x lebih dari Telur, 12x lebih dari susu. Kandungan ESP rendah lemak, rendah kolestrol serta mudah diserap oleh badan. Pengambilan ESP sebagai diet harian adalah kunci kepada pengekalan kulit serta otot bagi memastikan badan sentiasa sihat dan bertenaga. Secara ringkas di antara khasiat ESP adalah: 

Asid Amino Penting

Kahadiran Asid Amino adalah penting kepada kesihatan system saraf, struktur otot, pengeluaran hormon, pembentukan organ-organ penting dan struktur sel.

Fungsi Utama Asid Amino


Asid Amino merupakan kompenen utama dalam proses metabolism. Jika diet seharian tidak mengandungi Asid Amino yang lengkap, kesihatan akan terjejas. Kekurangan Asid Amino penting di dalam badan boleh dikaitkan dengan gejala keresahan, penumpuan yang lemah, keletihan, kemurungan dan ketidakseimbangan hormon. 

esp shaklee
Blok Protein Terdiri Daripada Molekul Kecil Yang Dinamakan Asid Amino

Diantara Asid Amino Yang Diperlukan


Histidine ; membina dan mengekalkan tisu yang sihat, juga untuk kesihatan mental dan fizikal
Isoleucine ; sistesis hemoglobin – sel darah merah
Leucine – pemyembuhan kulit, tulang
Lysin ; pertumbuhan tulang,penyerapan kalsium, menghasilkan antibodi, hormone, enzim, pembentukan kolagen
Methionine ; membantu dalam pemecahan lemak dan kesihatan kulit serta kuku
Phenylalanine ; kesihatan saraf, meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan
Threonine ; menyeimbangkan protein, menstabilkan gula di dalam darah
Tryptophan ; meringankan migrin dan kemurungan
Valine ; pembinaan otot, merangsangkan system saraf pusat (fungsi mental)

Tanda Kulit Tidak Sihat



tanda kulit tidak sihat

Kulit adalah cermin dari apa yang yang terjadi di dalam badan kita. Kajian klinikal telah membuktikan bahawa kulit memerlukan vitamin yang tertentu, mineral dan anti-oksida bagi menghasilkan kulit yang lebih muda dan sihat.


Tanda Kulit Tidak Sihat

testimoni esp shakleeKulit kita mencerminkan kesihatan kita. Kedut, kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat, berjeragat menandakan gaya hidup kita yang tidak sihat. Ini sudah tentu berkait rapat dengan pemakanan yang tidak sihat serta mengabaikan nutrisi yang menjadi keperluan kulit. Kulit putih seperti telur yang dikupas dianggap kulit sihat. Tetapi putih belum tentu kulit itu sihat. Oleh itu penting untuk kita mengetahui apakah tanda kulit tidak sihat.

  • Kasar, kusam, tidak bermaya, mengeleber… kalau dicubit tidak akan kembali kepada asal. Kulit yang tidak bersih dan berjerawat juga boleh dianggap sebagai tanda kulit tidak sihat.
  • Kalau permukaan kulit dicubit, kulit tidak sihat tidak akan segera kembali seperti semula setelah cubitan dilepaskan.
  • Perhatikan muka dihadapan cermin, perhatikan pori-pori. Adakah pori terlampau besar? Kulit yang mempunyai pori-pori yang besar adalah di antara tanda kulit tidak sihat.
  • Perhatikan kulit wajah, adakah kusam atau cerah. Kulit yang tidak sihat sudah tentu akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Tone kulit juga tidak sekata.

Jika kulit kita mempunyai tanda kulit tidak sihat, jangan risau... Kerana untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah sangat mudah. Tetapi tidak ada jalan pintas, yang penting penjagaan yang normal serta dilengkapi dengan pengambilan nutrisi untuk kulit perlu diteruskan kerana kulit akan mengalami proses regenesis secara semulajadi.
*** Mungkin ini sesuatu yang menarik Atasi Kulit Kusam dan Berubah Kepada Kulit Berseri

Rawatan Dari Dalam

Perbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan yang mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk kulit. Elakan dari makanan yang mengandungi bahan kimia yang susah untuk dihadamkan. Ianya seperti makanan segera yang mengandungi perasa tiruan, pengawet, makanan yang dimasak dalam tempoh yang lama.

Hindarkan diri dari mengalami tekanan yang berpanjangan. Pasti ada perkara yang menarik disekitar kita yang kita selalu terlepas pandang. Jadi cuba sedaya mungkin untuk tidak berada di dalam perasaan yang tertekan.

Rawatan Dari Luar

Bermula daripada kosmetik, penjagaan kulit muka mestilah yang bersesuaian. Pastikan pada malam hari kulit perlu kepada nutrisi yang boleh membantu proses regenisis kuli dan pembentukan sel-sel baru untuk kembalikan kesegaran kulit.

Jangan malas untuk membersihkan kekotoran dari kulit seperti selepas seharian kulit selitupi dengan kosmetik. Jika rutin ini diabaikan pori-pori kulit akan tersumbat menyebabkan kulit tidak dapat bernafas maka akan timbul jerawat dan masalah kulit yang lain.

Masker. Jadikan sebagai rutin dalam penjagaan kulit, sekurang-kurang seminggu sekali. Ini adalah kerana pemakaian masker dapat mengangkat sel-sel kulit mati yang boleh menyebabkan kulit nampak kusam.  


jadi ahli shakleeDiantara nutrisi yang diperlukan oleh kulit adalah

Vitamin C ; mengurangkan kesan radikal bebas pada kulit. Radikal bebas mengurangkan kolagen dan keanjalan kulit. Diperolehi dari buah-buahan seperti jambu biji merah, tomato, brokoli

Vitamin E ; Membantu mengurangkan kedut dan kulit kering. Diperolehi dari biji matahari, bawaym, tomato, kubis, asparagus

Vitamin A ; Kulit kering dan menggerutu adalah tanda kulit kekurangan Vitamin A. Boleh didapati dengan pengambilan hati, kentang, sayuran hijau, bayam dan sebagainya.
*** Mungkin ini boleh membantu. Jom laaa... buat che Abe happy

Testimoni pengguna E-Soy Protein - ESP Shaklee

esp shaklee
testimoni esp shaklee 






Jom join Puterijamu untuk jadi ahli Shaklee atau untuk jadi pengedar sah Shaklee bagi menikmati harga ahli yang ternyata jauh lebih murah dari harga runcit. Berbaloi-baloi. SHAKLEE 100% Semulajadi, Selamat dan Berkesan

Jangan lupa borak dengan Puterijamu di puterijamu@gmail.com atau di 013 333 9243 untuk tips kesihatan serta cara pengambilan vitamin untuk kesan lebih optimum



Protein Penting untuk Ibu Hamil

Keseimbangan Nutrisi Dalam Diet Seharian
protein untuk ibu hamil

Keseimbangan diet dengan nutrisi yang mencukupi semasa tempoh kehamilan adalah sangat penting. Dengan nutrisi yang seimbang ibu dan janin yang dikandung akan terhindar dari segala risiko yang tidak diingini. Sebagai contoh keperluan protein bagi seorang wanita adalah disekitar 50 gm sehari ketika tempoh hamil trimester 1, keperluan protein akan meningkat kepada 68 gm dan seterusnya trimester ke-2 dan trimester ke-3 keperluan protein semakin meningkat. Nutrisi lain jugak penting seperti Asid Folic, Kalsium, Zat Besi juga turut meningkat. Jom tengok... Vitamin untuk Ibu hamil

Kenapa Protein Penting Untuk Ibu Hamil

  • Berfungsi sebagai sumber kalori
  • Sebagai zat untuk pertumbuhan dan pembesaran janin
  • Berperanan di dalam pembentukan sel darah serta sel-sel janin dengan sempurna
  • Membentuk antibodi untuk ibu agar sentiasa sihat, bertenaga dan jarang dijangkiti penyakit
  • Membantu pertumbuhan jaringan plasenta dan otak
  • Menjaga kesihatan tulang ibu serta janin
Diantara Kesan Kekurangan Pengambilan Protein
  • Berisiko tinggi untuk melahirkan bayi yang  mempunyai berat badan yang lebih rendah
    kebaikan esp shaklee
  • Bayi berisiko untuk mendapat masalah seperti bibir sumbing dan pembentukan fizikal yang tidak sempurna
  • Penghasilan susu ibu akan menjadi kurang

E-Soy Protein atau ESP Sebagai Sumber Protein Kepada Ibu Hamil

E-Soy Protein atau ESP adalah makanan tambahan yang berasaskan kacang soya. Berdasarkan kajian klinikal yang telah dibuat, ianya terbukti bahawa protein soya adalah faktor utama dalam penjagan kesihatan yang unggul. E-Soy Protein dari Shaklee satu-satu produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Juga diperkaya dgn 5 sumber vitamin dan 4 sumber minerals.

Kenapa Ibu Hamil Perlu E-Soy Protein, Apa Kebaikannya
esp shaklee

  • ESP adalah suplemen terbaik untuk penyediaan badan ke arah proses penyusuan bayi
  • Membantu ibu hamil mendapatkan tenaga yang lebih semasa tempoh hamil
  • Membantu meningkatkan system imum badan ibu
  • Ibu hamil yang pernah mengambil ESP mengatakan berat mereka lebih mudah atau cepat turun selepas bersalin
  • Menghasilkan kulit yang halus dan mulus
  • ESP boleh diambil berterusan sehingga kelahiran iaitu ketika tempoh berpantang bagi memulihkan luka dalaman. Jom... Review Set pantang Shaklee
  • Membantu aliran darah agar lebih sempurna

E-Soy Protein Juga Memberi Banyak Manfaat serta Kebaikan Kepada bayi

  • Protein yang berasasan soya NON-GMO yang sangat baik untuk perkembangan fetus (sel terbentuk daripada protein)
  • Kulit bayi akan menjadi putih bersih
  • Protein membantu membekalkan Asid Amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi
  • Membantu pertumbuhan plasenta dan uterus 
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke-3 bagi pertumbuhan janin.


Jom join Puterijamu untuk jadi ahli Shaklee atau untuk jadi pengedar sah Shaklee. Banyak sangat kelebihan. SHAKLEE 100% Semulajadi, Selamat dan Berkesan

Jangan lupa borak dengan Puterijamu di puterijamu@gmail.com atau di 013 333 9243 untuk tips kesihatan serta cara pengambilan vitamin untuk kesan lebih optimum.

Jom tengok... Kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee

kebaikan dan kelebihan esp


Salah satu produk Shaklee yang mula-mula Puterijamu cuba adalah Energizing Soy Protein - ESP. ESP Ini memang one of the HOT produk dari Shaklee. Jap lagi kita tengok Kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee.  Sebenarnya tiap hari dok pikir cukup ker protein dalam aku punye daily diet ni. 

Kenapa Badan Memerlukan Protein

25% daripada badan terdiri daripada protein.  PROTEIN is like a 'FOOD' kepada sel-sel di dalam badan. Badan memerlukan protein yang cukup dan berkualiti untuk Memperbaiki Sel Rosak, Menggantikan Sel-Sel Lama dan Membina Sel-Sel Baru Yang Sihat. 


Kita perlu tahu... dalam badan akan mengakibatkan:

Kesan Kekurangan Protein 

Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah), Penyakit Buah Pinggang, Penyakit Hati, Kolestrol Tinggi, Tekanan Darah Rendah, Gula Dalam Darah Rendah, Fungsi Saraf Tidak Stabil, Penglihatan Kurang Baik, Badan Menggeletar, Letih, Lesu, Kandungan Air Dalam Badan Tinggi (ESP penting untuk aweks cun yang nak slim :), Ketahanan Badan Rendah Terhadap Penyakit atau Jangkitan

Kelebihan Dan Kebaikan ESP

ESP from shaklee
  • Kulit Remaja, Awet Muda dan Mengekalkan Keremajaan Kulit
  • Kulit Tegang, Anjal  & Mengembalikan Keserian Wajah
  • Baik Untuk Hormon
  • Baik Untuk Prostat
  • Mengurangkan Pigmentasi  
  • Pemberi Tenaga 
  • Pembekal Tenaga
  • Membaiki Memori  
Selepeas mencuba selama seminggu Puterijamu terus nampak Kebaikan dan kelebihan ESP Shaklee, ia adalah sumber protein yang terbaik, ALL IN ONE! dikenali sebagai ENERGY BOOSTER. 


Kenapa ESP Dari Shaklee Perlu Menjadi Pilihan?

1- The main ingredient adalah protein Tumbuhan Semulajadi yang premium. Soya NON-GMO-yang tidak diubah suai secara genetic. [Hormon semulajadi Berasaskan Tumbuhan – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam Isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita]

ESP Shaklee2- Ia mengandungi 22 jenis Asid Amino dengan 9 Asid Amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan

3- Kandungan Protein adalah 2X ganda lebih dari Daging, 4X ganda lebih dari Telur, 12X ganda lebih dari Susu


Puterijamu nak berkongsi sikit selama mengambil produk Shaklee ni, rasa AMAT AMAT BERPUAS HATI. Sebab tu la kalau boleh nak berkongis semua kebaikan dan kelebihan produk Shaklee ni. Ia adalah pengalaman sebenar dan it's an honest review.


Jom join Puterijamu di puterijamu@gmail.com atau di 013 333 9243 untuk jadi ahli Shaklee atau untuk menjadi pendedar sah Shaklee. Banyak kelebihan dan Berbaloi-baloi :) Shaklee sentiasa 100% Semulajadi, Selamat dan Berkesan.