Ciri Ciri Kulit Sihat

kulit sihat dan cantikKulit sihat dan cantik menjadi dambaan wanita

Wanita terlalu menginginkan kulit yang sihat dan bersih. Penjagaan kulit secara luaran dan juga pemakanan sebagai penjagaan dalaman perlu dititik beratkan. Tau tak... cantik bermula dari dalam

Ciri-ciri kulit sihat dan cantik diantaranya adalah:


  • Warna kulit atau tone yang sekata
  • Kulit yang bebas dari masalah kulit seperti jerawat atau geragat
  • Kulit yang lembap; kelembapan akan menampakkan kulit menjadi segar dan berseri
  • Kulit yang tegang; pori-pori kulit tidak terlalu besar

Tabiat yang tidak harus diteruskan


ciri-ciri kulit sihat
  • Berlebihan dalam pengambilan *GULA serta garam dalam pemakanan seharian. *GULA boleh merosakkan kolagen serta hasilnya ketegangan kulit akan berkurangan. Ini yang menyebabkan kulit akan menjadi kusam dan berkedut pada awal usia.
  • Kerap membersih wajah akan menyebabkan sebum atau pelembab semulajadi yang ada pada kulit akan kehilangan secara berlebihan.
  • Memicit jerawat, jangan jadikan satu kebiasaan memicit jerawat. Gunakan lah cream yang khusus untuk jerawat.
  • Kurang tidur. Ini adalah salah satu faktor yang akan menyebabkan  kulit muka kusam dan tidak bermaya.   
  • Lupa untuk memakai cream pelindung matahari atau cream UV pada kulit. Pancaran UV boleh meresap sehingga kelapisan dermis kulit yang akan menyebabkan collagen pada wajah beransur rosak serta berkurangan. ( mungkin ini boleh membantu? Jom... cantik tertarik kau memang d'bomb )
  • Merokok satu tabiat buruk yang harus dihentikan dengan segera. Merokok boleh merosakkan keanjalan kulit muka dan secara tidak langsung akan menyekat penghasilan collagen dan lama kelamaan akan menghasilkan garis halus serta kedut.

Tabiat baik yang perlu diamalkan


  • Amalkan pemakanan yang sihat yang mengadungi Vitamin A untuk mecegah kulit daripada menjadi kering. Vitamin C, Vitamin E yang berfungsi sebagai anti-oksida. Ketiga-tiga vitamin ini adalah nutrisi yang penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. (Tips mungkin ada di sini *jom laaa... buat che Abe happy)  
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti sentiasa bersenam. Bersenam secara konsistan akan menjadikan pengaliran darah lancar. Pengaliran darah yang lancar akan menyebabkan nutrisi akan diserap secara optimum. Ini akan menghasilkan kulit yang lebih segar serta berseri.
  • Jadikan pemakaian pelembap atau moisturizer sebagai rutin harian. Cara
    vitamin c shaklee
    pemakaian moisturizer pada kulit haruslah dengan cara yang betul
    . Dengan membuat putaran mengikut arah jam bertujuan untuk melancarkan peredaran darah. Ini dapat membantu penyerapan moisturizer ke dalam kulit secara maksimum. Adalah amat penting kerana kulit yang kering akan cepat menghasilkan garis halus dan kedut.
  • Patikan tidur yang cukup. Pada waktu malam proses regenisis sel berlaku. Jika inginkan kulit yang sihat dan cantik amalkan memakai pelembap sebelum tidur. Ini turut membantu dalam proses regenesis kulit.
  • Pastikan air diminum sebanyak 2-3 liter dalam sehari

Jom join Puterijamu untuk jadi ahli Shaklee atau untuk menjadi pengedar sah Shaklee. Banyak sangat kelebihan. Berbaloi-baloi :) Shaklee sentiasa Semulajadi, Selamat dan Berkesan

Jangan lupa borak dengan Puterijamu di puterijamu@gmail.com atau di 013 333 9243 untuk tips kesihatan serta cara pengambilan untuk kesan yang lebih optimum

No comments:

Post a Comment