Rambut gugur ke rambut luruh? Dua-dua pun sama maksudkan. Tapi yang nyata sentiasa luruh tak kira musim. Bukan musim luruh pun rambut luruh jugak :) Puterijamu pun ada masalah rambut gugur, mungkin Badan Kurang Nutrisi? Jom kita tengok apa punca rambut kita gugur.
Punca Rambut Gugur
Penyakit – Di antaranya sepertiKencing manis, Tiroid, kekurangan zat besi dan anemia boleh menyebabkan
kehilangan rambut
Kita tahukan Zink diperlukan dalam metabolisma badan. Ianya bertindak sebagai
komponen penting enzim. Berperanan
penting dalam sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual. Merupakan komponen untuk beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, kestabilan tahap
hormon, proses penghasilan DNA, metabolisme tenaga dan lain-lain
faedah kesihatan.
Apa itu Zink? Jom kita tengok kegunaan Zink dalam berbagai keadaan…
Mineral yang tidak dianggap penting? Betul kan. Zink adalah mineral penting yang terdapat pada hampir setiap sel di dalam badan. Berperanan penting dalam metabolisma sel dan pada masa yang sama diperlukan untuk sintesis DNA.
Jadi Zink adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan badan yang normal dan sempurna bermula dari semasa kehamilan, peringkat anak-anak sehingga ke dewasa. Ramai yang tidak tahu tentang kepentingan Zink untuk kesihatan sperma serta kesuburan. Tahu tak pasal Vitamin Cinta?