Tips Untuk Berjaya


Dah lama Puterijamu menghilang, tiba-tiba terpangil untuk berkongsi tips untuk berjaya dalam hidup. Sesuai rasanya untuk diamalkan. Tak lama lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada 2014. It just around the corner. Mungkin boleh menjadi pemangkin bagi memulakan tahun 2015. Tips dari seorang jutawaan, baca dan amalkan, tak amal maka tak rasa as what she said…


Tips Untuk Berjaya

Bangun Awal Pagi. Mulakan hari dengan Istigfar, Selawat, Doa. Doa biar panjang dan jelas

Sentiasa Berzikir.  Basahkan bibir dan hati dengan zikir Ya Wahhab
Solat Awal Waktu. Solat adalah segalanya bagi seorang yang mengaku dirinya Islam. Betul kan?
Mengaji Quran. Setiap hari mengalunkan Aaat-ayat Al-Quran dapat menjana 1001 ilham dan tenaga dalam badan dan minda
Jadikan Amalan Harian. Sunat Taubat, Sunat Dhuha dan Sunat Tahajud
Setiap Hari Bersedekah. Menulis info yang bermanfaat di blog dan facebook juga satu pemberian. Kita takkan berhenti menerima jika kita terus memberi
Fokus. Memberi perhatian kepada perkara yang kita boleh kawal seperti sikap kita, masa kita dan tindakan kita
Mensyukuri Nikmat. Senaraikan 10 perkara untuk kita mensyukuri setiap hari. Lebih banyak kita berterima kasih, lebih banyak kita akan menerima
Gembira Dengan Tugasan Kita Setiap Hari. Kita akan menarik banyak Caj positive dan benda-benda baik dalam kehidupan kita. So always be happy!!!

Jangan Bersedih. Sedih yang berpanjangan hanya akan merosakkan diri. Allah sentiasa ada bersama kita. Think hard dan rasakan Allah sangat dekat dengan Kita

Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
[FB] AwetMuda Anggun Menawan
013-333 9243 | puterijamu@gmail.com