Akibat Sunburn


Kulit sensitive? Kulit cepat terbakar? Itu ciri-ciri kulit Puterijamu :) Pancaran matahari yang terik di antara pukul 11.00 pagi sehingga 3.00 petang adalah waktu yang paling tidak sihat jika kita terdedah terlalu lama tanpa sebarang pelindung. Ini akan menyebabkan sunburn dan kulit akan mengalami banyak masalah.


Sinaran UV yang sampai terus ke dalam lapisan kulit akan menyebabkan terhasilnya
melanin. Melanin akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Ini adalah tindakbalas kepada kecederaan akibat sinaran UV yang telah merosakkan sel kulit. Jom kita tegok di antaranya kesan sinaran UV adalah
  • Proses penuaan kulit akan berlaku lebih cepat jika kulit terdedah setiap hari dalam tempoh yang lama
  • Pigmentasi Seperti Jeragat. Ini boleh membawa kepada kerosakan kulit yang berkekalan
  • Kanser Kulit
  • Pendedahan yang berterusan akan merosakkan collagen dan melemahkan sintesis collagen baru. Kulit akan lebih cepat  berkedut dan kasar. Keanjalan kulit akan beransur hilang.
  • Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel kulit secara lansung atau tidak lansung.

Bagaimana Vitamin C Membantu

  • Pengambilan Vitamin C juga didapati amat membantu mencegah masalah penuaan kulit akibat sinaran UV. Tau tak kenapa perlu Vitamin C?
  • Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang kuat serta sangat baik berfungsi untuk mencegah beberapa jenis kanser termasuklah kanser kulit.
  • Vitamin C melindungi sel-sel kulit dari kerosakan oleh radikal bebas yang datang dari radiasi UV cahaya matahari
  • Vitamin C berfungsi membantu mengaktifkan  antioksidan yang lain seperti Vitamin E, dan Glutathion

Bagaimana Pemakanan Membantu

  • Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C seperti  oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal  dan sayuran seperti sawi, bayam, kangkung, cili adalah amat penting untuk diet seharian
  • Makanan tambahan seperti Vitamin C yang diambil dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit
  • Makanan yang kaya dengan anti oksidan juga membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus kulit
  • Makanan yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membantu mengurangkan masalah kedutan kulit. Omega 3 akan menyeimbangkan asid lemak dalam tubuh dengan omega 6 dan omega 9. Lemak yang tidak seimbang menyebabkan kehilangan lemak dibawah kulit dan mejadikan kulit berkedut
  • Pengambilan makanan tambahan seperti Omega 3 juga boleh menyeimbangkan asid lemak di dalam badan. kulit berkedut dapat dihindarkan. Perlu tahi Kelebihan Minyak Ikan.
Amalkan pemakanan sihat, makanan tambahan dan anti oksidan  yang secukupnya. Jangan lupa sunblock dan minum air yang cukup setiap hari boleh membantu mengurangkan kesan penuaan kulit pra matang dan kedutan pada wajah.

Kenapa Badan Perlu Air

Ciri-Ciri Kulit Sihat


Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
[FB] AwetMuda Anggun Menawan

013-333 9243 | puterijamu@gmail.com