Mesti stress dan tertekan kalau orang lain kata diri kita lebih tua dari umur kita yang sebenarkan? Secara umum semua tahu antara faktor yang boleh mempercepatkan lagi proses penuaan ialah stress yang berpanjangan, merokok adalah antara punca-puncanya. Masih banyak lagi faktor-faktor yang boleh mempercepatkan process penuaan, dan akhirnya diri kita nampak lebih tua dari umur yang sebenar.
Diantara Perkara ASAS yang harus dielakkan untuk melambatkan process penuaan
- Tidak Menjaga Keseimbangan Badan - Pada usia muda adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal seperti senaman atau olahraga. Ianya bertujuan untuk menjaga keseimbangan badan. keseimbangan badan amat perlu supaya tulang masih terus boleh menyokong keadaan badan walaupun diusia tua.
- Pengambilan Makanan Yang Dimasak Terlalu Lama - Makanan yang dimasak dalam suhu yang tinggi akan menghasilan satu sebatian didalam badan yang boleh meningkat risiko timbulnya berbagai jenis penyakit.(sebagai contoh makanan yang berlemak seperti daging memerlukan suhu yang tinggi) Makanan sebegini berkait rapat dengan penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan lain-lain)
- Tabiat Atau Cara Duduk Dengan Posisi Badan 'posture' Yang Tidak Betul - Seperti sentiasa membongkok bila mengadap komputer. Posisi tubuh yang salah akan memberi kesan kepada tulang leher, tulang belakang, punggung. Perhatikan cara posisi badan kita duduk dalam keadaan apa pun.
Jangan lupa borak dengan PuteriJamu di puterijamu@gmail.com @ 013 333 9243, untuk tips-tips kesihatan
No comments:
Post a Comment