Mengamalkan gaya hidup sihat adalah kunci utama untuk kehidupan yang sihat sepanjang hayat. Jom kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dengan beberapa perkara yang cukup asas seperti:
Makan Secara Sihat - mengamalkan diet yang seimbang berasaskan pada piramind makanan, pilihlah makanan yang mengandungi rendah lemak, rendah gula dan garam. Kita perlu makan mengikut waktu yang teratur, tiga waktu makan yang utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.Pengambilam multivitamin mungkin juga boleh membantu dalam memastikan badan menerima zat-zat yang diperlukan dengan secukupnya. Suplemen Dalam Kehidupan.
Katakan TIDAK! pada rokok - merokok mendedahkan badan kepada pelbagai penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung sebanyak 10 kali ganda. Merokok boleh menjejaskan hampir kesemua organ dan tisu badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 yang boleh menyebabkan kanser.
Ini memang fakta bukan auta :) Ayah puterijamu merokok masa muda-muda dulu, sekarang injap jantung ayah tak berfungsi sepenuhnya, dinding jantung keras, ini yang menyebabkan ayah menjadi lelah dan selalu tercungap-cungap bila bernafas. Oksigen tak sampai ke otak sepenuhnya menyebabkan ayah acapkali muntah-muntah sebab pening. Ini juga adalah kesan dari masalah jantung. Doktor kata ini adalah kesan dari merokok. So! jom kita amalkan gaya hidup sihat.