Showing posts with label Perkongsian.... Show all posts
Showing posts with label Perkongsian.... Show all posts

Puterijamu Tidak Bermaya



Ramadan Puterijamu sambut dengan sedikit tidak bermaya. Demam punya pasal. Dah 3 kali pergi jumpa Doktor. Tika dan saat menaip entry ni, kepala masih weng, pening tak habis-habis. Tak tau kat mana silapnya. Pening tapi tak pitam. 

Memang terasa badan macam kekurangan oksigen. Mungkin sebab dah lama tak buat yoga. Kurang selera makan sebab mak dengan ayah baru je balik kampong. Jadi makan sorang mana ada selera kan. Ini campur dengan mengada-ngada skit kot. Pada masa yang sama mental rasa macam sedikit bercelaru. Tekanan dengan kerja yang bertimbun-timbun. Tambahan lagi masa pening, kerja datang berlambak-lambak. 

Di dalam keadaan yang puterijamu alami, mungkin ada suplemen Shaklee yang boleh membantu. Jom kita kongsi di antara suplemen yang patut puterijamu amalkan.
Vita-Lea Iron Formula - Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi

Cara Untuk Kekal Sihat

air


Mesti semua tahu kan, pada awal pagi sebaik saje bangun tidur adalah masa yang paling baik untuk minum air putih. Kenapa Badan Perlu Air? Ini adalah salah satu tips kekal sihat yang sangat senang untuk kita amalkan. Banyak tips-tips lain tapi puterjamu suka sangat untuk berkongsi cerita pasal air su'we, rasanya yang paling senang untuk diamalkan secara istiqomah :)

Fakta yang perlu kita tahu. Puterijamu pun baru tahu berkenaan peratusan air yang badan perlukan.


Manfaat Minum Air Di Awal Pagi

Awet Muda Anggun Menawan - Air membantu membersihkan toksid yang berada di dalam darah. Pembuangan berlaku melalui peluh serta urin. Kenapa perlu detoks?
Kesihatan Otot Dan Sel Darah -  Minum air su'we atau air putih pada awal pagi dapat membantu otot-otot badan serta sel darah di dalam badan berfungsi dengan sempurna

Kenapa Sayur Bayam


Suka makan sayur bayam? Puterijamu suka sayur bayam sebab dia lembut. Tahukan bayam mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Pelbagai nutrisi  menjadikan bayam seperti multivitamin atau menjadi salah satu diet yang lengkap.

Kandungan : Vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, sodium, potassium, magnesium, mangan, zink, serat, kalsium, protein serta kalori yang rendah.


Khasiat Bayam

Jom tengok  terdapat pelbagai khasiat bayam untuk kesihatan badan
Pencegah Cancer ~ bayam mengandung flavanoid, iaitu sejenis antioksidan pencegah cancer seperti cander payudara
Jantung Lebih Sihat ~ Bayam adalah seperti multivitamian yang membekalkan berbagai nutrisi. Nutrisi ini  mampu membuat jantung kita menjadi lebih sihat.
Mengurangkan Tekanan ~ makan bayam adalah salah satu cara yang dapat membantu dalam mengurangkan tekanan

Kenapa Badan Perlu Air

badan perlu air


Ini Fakta bukan auta :) 75% badan kita perlu air. Bukan air manis atau berkabonat tapi air su’we atau air kosong atau air putih atau sky jus atau air masak atau nama lain yang sewaktu denganya. Minuman berkabonat atau bergula tidak dapat menandingi  khasiat yang terdapat di dalam air putih. Tau kan?


Badan Perlu Air

Biasa tak rasa macam ni… memang sah kena minum air su’we banyak-banyak sekurang-kurang 8 gelas sehari
Badan Terasa Penat ~  Kenapa badan mudah letih yer? Terlalu banyak toksin di dalam badan dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, kita akan berasa kurang bertenaga kerana badan bergelut dengan toksin