Kenapa Perlu Collagen

jadi ahli shaklee


Badan kita memerlukan collagen kerana colagen adalah protein utama berfungsi sebagai penyokong kepada tisu di dalam badan. Memberi sokongan kepada sebahagian besar sel-sel berstruktur, berfungsi memberi kekuatan kepada tisu badan serta membuat kulit menjadi lebih kenyal. Kenapa Kulit Kering?


Kita semua tahu kan, collagen bukan sahaja diperlukan oleh kulit, tetapi juga diperlukan oleh kornea, kanta mata, kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, gigi, hati, tulang sum-sum. Organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem limfatik juga memerlukan collagen.

Jom kita tengok kegunaan collagen. Keseluruhan terdapat 29 jenis collagen. 90% adalah terdiri dari jenis kolagen I, II, III dan IV.
Collagen I : Komponen utama tulang. Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, organ, tulang dan gigi
Collagen II : Komponen utama tulang rawan, juga terdapat pada mata
Collagen III : Berfungsi sebagai penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sum sum, arteri, kulit, usus, rahim
Collagen IV : Membentuk lapisan permukaan rongga serta organ seperti buah pinggang,  kanta mata, permukaan dalaman pembuluh darah.

Penghasilan collagen berkurangan sebanyak 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Selepas usia 45-50 tahun badan akan kehilangan hampir separuh daripada collagen yang ada. Semakin meningkat umur kita, semakin berkurangan collagen di dalam badan.
Oleh itu collagen perlu diambil sebagai makanan kesihatan. Pada masa yang sama collagen digunakan untuk pelbagai penyakit seperti sakit sendi, osteoporosis, arteriosclerosis. Perlu diberi perhatian selain untuk kegunaan kecantikan collagen juga teramat penting untuk kesihatan. Mungkin ini boleh membantu...

Ada Apa Dengan Kolagen Marin

Cun Di Pagi Raya Dengan Collagen Powder

Kesihatan Dan Kecantikan


Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
[FB] AwetMuda Anggun Menawan

013-333 9243 | puterijamu@gmail.com

No comments:

Post a Comment