Kenapa Kulit Kering

jadi ahli shaklee


kulit kita secara semulajadi menghasilkan minyak yang bertindak sebagai pelembab. Bertujuan bagi mengelakkan kulit menjadi kering. Minyak semulajadi ini dihasilkan oleh kelenjar minyak  atau dipanggil sebum yang berada di bawah permukan kulit. Tetapi ramai di antara kita yang mengalami masalah kulit kering. Mungkin ini disebabkan oleh beberapa faktor. 


Faktor Luaran


Kekerapan membasuh tangan, muka atau terlampau kuat menyental kulit - ini adalah di antara penyebab lapisan semulajadi pelembap akan terhapus.

Mandi terlalu lama dengan air panas - juga boleh menyebabkan kulit menjadi cepat kering
Persekitaran - terumata persekitaran yang kering seperti musim sejuk yang kering

Faktor Dalaman


Penyakit Diabetes -  perubahan paras gula pada pesakit akan menyebabkan dehidrasi pada kulit dan tisu dan kekeringan
Penyakit Hipotiroid - hormone tiroid yang dihasilkan adalah dalam kadar yang rendah dari yang diperlukan oleh badan kita. Ini akan menyebabkan minyak semulajadi kulit berkurangan.
Penyakit Kulit  - seperti eczema juga akan menyebabkan kulit menjadi kering
Diet Yang Tidak Seimbang Dan Pengambilan Cecair yang tidak mencukupi - kenapa badan perlu air? kita harus tahu cara untuk kekal sihat
Umur Yang Semakin Meningkat  - perubahan fisiologi tubuh seperti perubahan hormon, seperti  menopause yang boleh mengakibatkan kulit menjadi kering.

Mungkin ini boleh membantu...


Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
[FB] AwetMuda Anggun Menawan

013-333 9243 | puterijamu@gmail.com