Ramadan dan Ibu Hamil


Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkataan.  Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun dengan penuh penghayatan dan keinsafan. Tazkirah pagi dari puterijamu :) Sekali lagi puterijamu teruja untuk berkongsi pasal ibu hamil. Bukan sahaja di bulan Ramadan, ibu hamil perlu memastikan pengambilan diet seharian yang seimbang. Pastikan semasa bersahur dan berbuka, segala vitamin yang diperlukan badan adalah mencukupi.

Jom kita kongsi. Pastikan setiap makanan yang ibu-ibu ambil mengandungi 4 vitamin utama yang menjadi keperluan penting kepada ibu dan juga kepada janin.
Asid Folik - Sangat penting untuk perkembangan janin. Bertujuan untuk mencegah kecacatan pada janin seperti masalah tulang belakang atau lumpuh.
Sumber  :  Sayuran hijau gelap seperti bayam, brokoli, asparagus, tempe, hati, cendawan, dan pisang.

Puterijamu Tidak Bermaya



Ramadan Puterijamu sambut dengan sedikit tidak bermaya. Demam punya pasal. Dah 3 kali pergi jumpa Doktor. Tika dan saat menaip entry ni, kepala masih weng, pening tak habis-habis. Tak tau kat mana silapnya. Pening tapi tak pitam. 

Memang terasa badan macam kekurangan oksigen. Mungkin sebab dah lama tak buat yoga. Kurang selera makan sebab mak dengan ayah baru je balik kampong. Jadi makan sorang mana ada selera kan. Ini campur dengan mengada-ngada skit kot. Pada masa yang sama mental rasa macam sedikit bercelaru. Tekanan dengan kerja yang bertimbun-timbun. Tambahan lagi masa pening, kerja datang berlambak-lambak. 

Di dalam keadaan yang puterijamu alami, mungkin ada suplemen Shaklee yang boleh membantu. Jom kita kongsi di antara suplemen yang patut puterijamu amalkan.
Vita-Lea Iron Formula - Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat besi