1001 Macam Khasiat Madu


Dengan nama Sang Pencipta, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dia yang menciptakan lebah yang dengan nama lainnya An-Nahlu, salah satu mukjizat yang tercatat indah di dalam Al-Quran. Daripada terjemahan Ar-Rahman Surah An-Nahl : 69


"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Kajian Tentang Khasiat Madu

Tokoh kedoktoran dunia juga ilmuwan muslim yang terkenal, Ibnu Sina juga telah mengulas tentang khasiat madu dari segi kesihatan.
Awet muda dan umur panjang adalah di antara hasil dari pengambilan madu yang beliau amalkan. Menurut beliu khasiat madu boleh menyembuhkan perbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Secara umum khasiat madu dapat menyumbuhkan pelbagai penyakit. Mengandungi perbagai nutrisi di antaranya Vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Juga mengandungi garam galian, Beta karoten, dan Glukosa.

Khasiat Madu Untuk Kesihatan

Daripada pengalaman puterijamu sendiri, pengamalan meminum madu 1 atau 2 sudu besar setiap pagi ternyata memberi kesan yang sangat baik pada kesihatan. Di Antaranya adalah:

Mengatasi Masalah Lesu  - Puterijamu mengalami masalah tekanan darah rendah. Dengan pengambilan madu dapat membekalkan kerperluan zat besi kepada badan. Seperti yang kita tahu di dalam badan manusia zat besi memainkan peranan yang sangat penting
Mengatasi Insomia – Di Antara khasiat madu yang diperolehi adalah dapat membantu mengawal tekanan serta menjadikan badan lebih tenang dan rileks. Ini sangat membantu puterijamu yang kadang kala sukar untuk tidur
Mengubati Masalah Ulser Mulut Dan Gusi Bengkak - Sapukan madu pada gusi yang bengkak serta ulser di dalam mulut. Biarkan untuk seketika. InsyaAllah bengkak akan surut dan ulser akan hilang. Khasiat madu juga dapat membantu mengurangi bau mulut

Bagi Kanak-Kanak

Meningkatkan Nafsu Makan – Di Antara vitamin yang terkandung di dalam madu adalah Vitamin B. Vitamin ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih bertenaga disamping melindungi mereka dari perbagai penyakit. Dalam masa yang sama membantu tumbesaran kanak-kanak dan menambahkan kecerdasan minda kanak-kanak. 
Membersihkan Sisa Kotoran Usus Besar – kanak-kanak yang mengalami masalah usus besar yang pra-matang akan membawa kepada masalah sembelit yang amat teruk. Dengan khasiat madu yang berperanan membersihkan perut dan usus, Insyallah masalah tersebut akan hilang. Zat Besi membantu proses percernaan makanan. Dengan ini masalah sembelit dapat dipulihkan

Tips Kesihatan

  • Setiap pagi amalkan minum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu. InsyaAllah mampu mengubati sebarang jenis penyakit disamping kekal awet muda anggun menawan.
  • Bagi menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit muka cubalah memakai masker madu sekali seminggu. InsyaAllah kulit akan menjadi bertambah halus dan licin.  Memakai masker dengan menggunakan madu tanpa sebarang campuran bahan lain atau dengan menambahkan yogurt, tea tree oil atau air mawar untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum.
  • Campurkan 1 sudu madu ke dalam minuman kanak-kanak. Hasilnya mereka akan tidur dengan nyenyak 


Azura [Puterijamu] Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
013-333 9243 | puterijamu@gmail.com