Kenapa Sayur Bayam


Suka makan sayur bayam? Puterijamu suka sayur bayam sebab dia lembut. Tahukan bayam mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Pelbagai nutrisi  menjadikan bayam seperti multivitamin atau menjadi salah satu diet yang lengkap.

Kandungan : Vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, sodium, potassium, magnesium, mangan, zink, serat, kalsium, protein serta kalori yang rendah.


Khasiat Bayam

Jom tengok  terdapat pelbagai khasiat bayam untuk kesihatan badan
Pencegah Cancer ~ bayam mengandung flavanoid, iaitu sejenis antioksidan pencegah cancer seperti cander payudara
Jantung Lebih Sihat ~ Bayam adalah seperti multivitamian yang membekalkan berbagai nutrisi. Nutrisi ini  mampu membuat jantung kita menjadi lebih sihat.
Mengurangkan Tekanan ~ makan bayam adalah salah satu cara yang dapat membantu dalam mengurangkan tekanan

Kenapa Badan Perlu Air

badan perlu air


Ini Fakta bukan auta :) 75% badan kita perlu air. Bukan air manis atau berkabonat tapi air su’we atau air kosong atau air putih atau sky jus atau air masak atau nama lain yang sewaktu denganya. Minuman berkabonat atau bergula tidak dapat menandingi  khasiat yang terdapat di dalam air putih. Tau kan?


Badan Perlu Air

Biasa tak rasa macam ni… memang sah kena minum air su’we banyak-banyak sekurang-kurang 8 gelas sehari
Badan Terasa Penat ~  Kenapa badan mudah letih yer? Terlalu banyak toksin di dalam badan dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, kita akan berasa kurang bertenaga kerana badan bergelut dengan toksin