Sebut tentang tips untuk cantik, mesti rasa teruja. Cantik atau beautiful itu satu perkara yang sangat subjective. Perkara yang paling penting sekali pada puterijamu adalah apa yang kita rasa. Sentiasa yakin merasakan diri kita cantik. You’re beautiful, no matter what they say!
Ini fakta bukan auta tau :) Jika kita rasa kita tidak cantik, serba kekurangan. Ianya akan dicerminkan atau dipancarkan diwajah. Mood serta emosi
terus menjadi tak menentu dan down. Hati-hati dengan apa yang kita fikirkan. Jadi jom kita
pakat-pakat merasakan diri kita cantik :)
Tips Kecantikan Wanita
Perkara ini bukan sesuatu yang baru, tapi harus istiqamah
dan disiplin. Ini sebenarnya nak ingatkan puterijamu juga yang sangat culas
kadang dalam banyak hal dan juga penyakit tak berapa nak berdisiplin.
Jaga Kulit Muka – Rutin harian yang biasa, memadai guna
pembersih, penyegar dan pelembap. Pelembap untuk siang pastikan ada UV
protection. Tahu kan pancaran UV sangat bahaya untuk kulit. Pancaran sampai
ke epidermis kulit yang merosakan collagen yang ada di bawah kulit
Gaya Hidup Sihat – Diet perlu seimbang, minum air putih
sekurang-kurang 8 gelas sehari. Kenapa Badan Perlu Air? Kalau susah sangat nak keep track, setiap kali
selepas atau sebelum solat minum 1 - 2 gelas air. Paling kurang buat sikit
regangan. Yang ini kena paksa. Macam puterijamu tengah dengar Tanyalah Ustaz
sesambil tu buat Yoga. Sesiapa nak belajar buat basic Yoga royak ko puterijamu
deh. Ini salah satu Cara Untuk Kekal Sihat.
Kawal Tekanan – Penting sekali bagi kita wanita yang sentiasa
penuh dengan emosi :)
Cara puterijamu biasanya tarik nafas, sentiasa berfikir positive, kena ulang
perkataan ni. ‘Only Good Things Happen To Me’. Lepas tu senyum la sikit ok
Ambil Nutrisi Tambahan – Ini tidak boleh disangkalkan. Bila
diet tidak mengandungi nutrisi yang cukup untuk badan, badan akan terasa cepat
letih. Kenapa Badan Mudah Letih Yer? Bila badan letih, emosi cepat berkecamuk. Puterijamu bercakap dari
pengalaman baaa… :)
Jadi harus tahu tentang Pengambilan Makanan Tambahan.
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
[FB] AwetMuda Anggun Menawan
013-333 9243 | puterijamu@gmail.com
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
[FB] AwetMuda Anggun Menawan
013-333 9243 | puterijamu@gmail.com
No comments:
Post a Comment