Supplement Pengganti Makanan

ciri pemakanan sihat


Tak nak makan la… takut gemuk, nak makan supplement je. Ayoo mana boleh ini macam bai! Makanan adalah sumber keperluan asas dalam kehidupan kita. Supplement atau makanan tambahan atau vitamin bukanlah pengganti makanan.  


Fungsi makanan adalah untuk membantu penyerapan vitamin di dalam badan dengan lebih sempurna. Sebagai contoh  susu membantu badan untuk menyerap kalsium, B-Complex memerlukan air untuk penyerapan dan beberapa vitamin seperti A, D, E, K memerlukan lemak untuk penyerapan. Tanpa makanan mungin vitaman tidak berkesan. Ciri-ciri pemakanan secara sihat yang harus kita tahu.


Ciri Pemakanan Sihat

Makan Pelbagai Jenis Makanan – Gunakan Pyramid Makanan sebagai panduan
Makan Bijirin dan Kekacang - Bijirin merupakan sumber tenaga yang utama. Bijirin juga kaya dengan serat. Contoh bijirin dan hasil bijirin adalah nasi, roti,beehun
Makan Lebih Buah-buahan dan Sayuran - Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi lemak yang rendah dan membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A, vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium yang kesemuanya penting untuk kesihatan
Imbangkan Pengambilan Makanan Dengan Aktiviti Fizikal - Dengan senaman atau aktiviti fizikal ianya dapat membantu menolong badan kita membakar kalori yang berlebihan 
Pilih Makanan Rendah Lemak dan Kolesterol - Prihatin dengan setiap suapan, pastikan ianya rendah lemak serta tidak mengandungi kolesterol yang tinggi. Terutama kepada yang gemar makanan segera
Kurangkan pengambilan garam dan gula - Kebiasaan makanan yang diawet dan diproses mempunyai kandungan garam dan gula yang jauh lebih tinggi dari makanan segar
Minum sekurang-kurangnya enam hingga lapan gelas air sehari - Air adalah penting untuk fungsi fisiologi di dalam badan, mengawal suhu badan dan juga untuk membantu mengeluarkan bahan sisa atau toksin dari badan. Minum Air adalah salah satu cara untuk kekal sihat

Peringatan yang tidak harus dipandang sebelah mata, sebelum pengambilan makanan tambahan pastikan kandungan haruslah semulajadi. Mengandungi kombinasi bahan asas dari tumbuhan atau mengambil keseluruhan dari zat tumbuhan tersebut.

Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
013-333 9243 | puterijamu@gmail.com

No comments:

Post a Comment