Bermaksud tambahan, makanan tambahan atau pelengkap. Pada kebiasaan kita akan mengambil vitamin sebagai makanan tambahan atau pelengkap kepada pemakanan atau diet harian kita. Adakah kita pasti makanan yang kita makan seharian adalah seimbang? Iaitu mengandungi segala nutrisi yang diperlukan badan? Jika jawapanya tidak, jadi kenalah ambil supplement sebagai pelengkap.
Secara umum kita tahu kekurangan vitamin yang tertentu di dalam badan adalah salah satu punca timbulnya pelbagai jenis penyakit dan komplikasi. Harus diberi perhatian supplement semestinya terdiri dari bahan organik yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang kecil. Berperanan penting dalam pertumbuhan sel-sel badan secara normal, berfungsi untuk
pengawalan kesihatan, serta untuk pencegahan dari segala penyakit. Juga salah satu amalan dalam Gaya Hidup Sihat
pengawalan kesihatan, serta untuk pencegahan dari segala penyakit. Juga salah satu amalan dalam Gaya Hidup Sihat
Supplement Yang Dihasilkan Secara Semulajadi
- Melalui pemprosesan yang minima untuk menjaga keaslian atau kandungan asal nutrisi di dalam semua bahan asli yang terkandung di dalam supplement
- Kos untuk menghasilkannya supplement adalah jauh lebih tinggi berbanding sintentik
- Hanya terdiri daripada bahan asli, semulajadi yang berkualiti tinggi dan terpilih
- Tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang jauh lebih baik
- Lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi dan asli
Supplement Yang Dihasilkan Secara Sintetik
- Dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan bahan yang terdapat di dalam vitamin
- Kebanyakan penghasilan vitamian sintetik bukan bersumberkan makanan
- Kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk tersendiri, misalnya Kalsium tanpa Magnesium dan Vitamin D
Bagaimana Mengenal Semulajadi Atau Sintetik
Paling senang untuk membezakan supplement semulajadi atau sintetik adalah melalui "Silica Gel". Penggunaan Silica Gel adalah bertujuan untuk menyerap kelembapan. Tiada Silica Gel dalam vitamin atau supplement yang dihasilkan secara semulajadi.
Jadi berhati-hatilah apabila kita ingin mengamalkan pengambilan supplement. Pastikan yang kita ambil adalah vitamin berasaskan makanan sebenar – vitamin natural, semulajadi. Jadi dah tahu kan Kenapa Perlu Makanan Tambahan?
Shaklee Independent Distributor [ID No : 1079295]
013-333 9243 | puterijamu@gmail.com
No comments:
Post a Comment