Kulit adalah cermin dari apa yang yang terjadi di
dalam badan kita. Kajian klinikal telah membuktikan bahawa kulit memerlukan
vitamin yang tertentu, mineral dan anti-oksida bagi menghasilkan kulit yang
lebih muda dan sihat.
Tanda Kulit Tidak Sihat
Kulit kita mencerminkan kesihatan kita. Kedut,
kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat, berjeragat menandakan gaya
hidup kita yang tidak sihat. Ini sudah tentu berkait rapat dengan pemakanan
yang tidak sihat serta mengabaikan nutrisi yang menjadi keperluan kulit. Kulit putih seperti telur yang dikupas dianggap kulit sihat. Tetapi putih belum tentu kulit itu sihat. Oleh itu penting
untuk kita mengetahui apakah tanda kulit tidak sihat.
- Kasar, kusam, tidak bermaya, mengeleber… kalau dicubit tidak akan
kembali kepada asal. Kulit yang tidak bersih dan berjerawat juga boleh dianggap
sebagai tanda kulit tidak sihat.
- Kalau permukaan kulit dicubit, kulit tidak sihat
tidak akan segera kembali seperti semula setelah cubitan dilepaskan.
- Perhatikan muka dihadapan cermin, perhatikan
pori-pori. Adakah pori terlampau besar? Kulit yang mempunyai pori-pori yang
besar adalah di antara tanda kulit tidak sihat.
- Perhatikan kulit wajah, adakah kusam atau
cerah. Kulit yang tidak sihat sudah tentu akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Tone kulit juga
tidak sekata.
Jika kulit kita mempunyai tanda kulit tidak sihat,
jangan risau... Kerana untuk mendapatkan kulit yang sihat adalah sangat mudah. Tetapi
tidak ada jalan pintas, yang penting penjagaan yang normal serta dilengkapi dengan pengambilan nutrisi untuk kulit perlu diteruskan kerana
kulit akan mengalami proses regenesis secara semulajadi.
Rawatan Dari Dalam
Perbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan
yang mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk kulit. Elakan dari makanan yang
mengandungi bahan kimia yang susah untuk dihadamkan. Ianya seperti makanan
segera yang mengandungi perasa tiruan, pengawet, makanan yang dimasak dalam
tempoh yang lama.
Hindarkan diri dari mengalami tekanan yang
berpanjangan. Pasti ada perkara yang menarik disekitar kita yang kita selalu
terlepas pandang. Jadi cuba sedaya mungkin untuk tidak berada di dalam perasaan
yang tertekan.
Rawatan Dari Luar
Bermula daripada kosmetik, penjagaan kulit muka
mestilah yang bersesuaian. Pastikan pada malam hari kulit perlu kepada nutrisi
yang boleh membantu proses regenisis kuli dan pembentukan sel-sel baru untuk
kembalikan kesegaran kulit.
Jangan malas untuk membersihkan kekotoran dari
kulit seperti selepas seharian kulit selitupi dengan kosmetik. Jika rutin ini
diabaikan pori-pori kulit akan tersumbat menyebabkan kulit tidak dapat bernafas
maka akan timbul jerawat dan masalah kulit yang lain.
Masker. Jadikan sebagai rutin dalam penjagaan kulit,
sekurang-kurang seminggu sekali. Ini adalah kerana pemakaian masker dapat
mengangkat sel-sel kulit mati yang boleh menyebabkan kulit nampak kusam.
Diantara nutrisi yang diperlukan oleh kulit adalah
Vitamin C ; mengurangkan kesan radikal bebas pada kulit. Radikal bebas mengurangkan kolagen dan keanjalan kulit. Diperolehi dari buah-buahan seperti jambu biji merah, tomato, brokoli
Vitamin E ; Membantu mengurangkan kedut dan kulit kering. Diperolehi dari biji matahari, bawaym, tomato, kubis, asparagus
Vitamin A ; Kulit kering dan menggerutu adalah tanda kulit kekurangan Vitamin A. Boleh didapati dengan pengambilan hati, kentang, sayuran hijau, bayam dan sebagainya.
Testimoni pengguna E-Soy Protein - ESP Shaklee
Jom join Puterijamu untuk jadi ahli Shaklee atau
untuk jadi pengedar sah Shaklee bagi menikmati harga ahli yang ternyata jauh
lebih murah dari harga runcit. Berbaloi-baloi. SHAKLEE 100% Semulajadi, Selamat
dan Berkesan
Jangan lupa borak dengan Puterijamu di puterijamu@gmail.com atau di 013
333 9243 untuk tips kesihatan serta cara pengambilan vitamin untuk kesan lebih
optimum