Vitamin sangat penting untuk kaum wanita, macam Puterijamu la... Kombinasi vitamin-vitamin yang tertentu yg diperlukan badan adalah bergantung kepada usia dan keperluan seseorang. Sebagai contoh Puterijamu ambil B-Complex sebab selalu stress dengan kerja, ambil Multivitamin sebab diet puterijamu tak seimbang, jadi untuk melengkapkan diet seharian ambil sebiji multivitamin sehari.
Jom tengok... Vitamin Penting Untuk Wanita
Vitamin A ; Dikenali sebagai anti oksida untuk membantu menentang serangan radikal bebas terhadap badan. menurankan risiko diserang penyakit kronik, memperlambatkan proses penuaan. Antioksida meningkatkan ketahanan badan ketika menghadapi tekanan. Boleh didapati di antaranya tomato, sayuran dan buah-buahan.
Vitamin C ; Untuk meningkatkan sistem imum badan dengan membantu meningkatkan tenaga menjadi stabil. Vitamin C sangat penting dalam mempercepatkan proses
penyembuhan. Amat penting untuk mencegah penyakit jantung dan katerek. Sumber makanan seperti kiwi, tomato, brokoli kaya dengan Vitamin C.
* Mungkin ada info kat sini, Kenapa Perlu Vitamin C?
Vitamin E ; Membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit, kuku serta rambut. Membantu melambatkan proses penuaan di dalam badan. Vitamin ini penting untuk wanita. Sumber Vitamin E di antaranya adalah gandum, biji bunga matahari dan minyak ikan

Vitamin C adalah lebih menarik perhatian ramai jika dibandingkan dengan vitamin-vitamin yang lain. Itu termasuk Puterijamu. Tak tau kenapa, tapi macam suka je nak cerita pasal Vitamin C. Vitamin C adalah salah satu dari vitamin utama, sudah tentu ianya amat penting dalam kesemua aspek kesihatan badan kita.
Keperluan Vitamin C Untuk Badan
Jom kita tengok di antara fungsi Vitamin C
- Membantu membina Kolagen, tisu-tisu badan, ligamen dan pembuluh darah
- Berperanan sebagai anti-oksida yang melindungi badan dari radikal bebas
- Berperanan mencegah penyakit sawan, iaitu penyakit yang berpunca daripada badan yang mempunyai kurang daya tahanan yang rendah.
- Boleh Mencegah sesetengah penyakit barah
- Dapat membantu Mencegah penyakit berkaitan dengan jantung
- Membantu dalam sistem Kesuburan lelaki
- Dapat mencegah serta menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam, selsema
- Mengekalkan sistem imunisasi, ketahanan badan untuk melawan penyakit agar badan kekal sihat
- Membantu pembentukan gigi, tulang, tisu badan dan tulang rawan