Cara Untuk Kekal Sihat

air


Mesti semua tahu kan, pada awal pagi sebaik saje bangun tidur adalah masa yang paling baik untuk minum air putih. Kenapa Badan Perlu Air? Ini adalah salah satu tips kekal sihat yang sangat senang untuk kita amalkan. Banyak tips-tips lain tapi puterjamu suka sangat untuk berkongsi cerita pasal air su'we, rasanya yang paling senang untuk diamalkan secara istiqomah :)

Fakta yang perlu kita tahu. Puterijamu pun baru tahu berkenaan peratusan air yang badan perlukan.


Manfaat Minum Air Di Awal Pagi

Awet Muda Anggun Menawan - Air membantu membersihkan toksid yang berada di dalam darah. Pembuangan berlaku melalui peluh serta urin. Kenapa perlu detoks?
Kesihatan Otot Dan Sel Darah -  Minum air su'we atau air putih pada awal pagi dapat membantu otot-otot badan serta sel darah di dalam badan berfungsi dengan sempurna

Kenapa Sayur Bayam


Suka makan sayur bayam? Puterijamu suka sayur bayam sebab dia lembut. Tahukan bayam mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Pelbagai nutrisi  menjadikan bayam seperti multivitamin atau menjadi salah satu diet yang lengkap.

Kandungan : Vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, sodium, potassium, magnesium, mangan, zink, serat, kalsium, protein serta kalori yang rendah.


Khasiat Bayam

Jom tengok  terdapat pelbagai khasiat bayam untuk kesihatan badan
Pencegah Cancer ~ bayam mengandung flavanoid, iaitu sejenis antioksidan pencegah cancer seperti cander payudara
Jantung Lebih Sihat ~ Bayam adalah seperti multivitamian yang membekalkan berbagai nutrisi. Nutrisi ini  mampu membuat jantung kita menjadi lebih sihat.
Mengurangkan Tekanan ~ makan bayam adalah salah satu cara yang dapat membantu dalam mengurangkan tekanan

Kenapa Badan Perlu Air

badan perlu air


Ini Fakta bukan auta :) 75% badan kita perlu air. Bukan air manis atau berkabonat tapi air su’we atau air kosong atau air putih atau sky jus atau air masak atau nama lain yang sewaktu denganya. Minuman berkabonat atau bergula tidak dapat menandingi  khasiat yang terdapat di dalam air putih. Tau kan?


Badan Perlu Air

Biasa tak rasa macam ni… memang sah kena minum air su’we banyak-banyak sekurang-kurang 8 gelas sehari
Badan Terasa Penat ~  Kenapa badan mudah letih yer? Terlalu banyak toksin di dalam badan dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, kita akan berasa kurang bertenaga kerana badan bergelut dengan toksin

Kenapa Badan Mudah Letih Yer...

set asas shaklee


Siapa kat sini selalu letih, cam tak bermaya jerrr, nampak cam tak makan 2, 3 hari jerrr :)  Masalah problem ni... nak kata tidur tak cukup, pukul sepuluh dah tutup lampu,  tetapi masih mengantuk dan rasa letih. Puterijamu pernah macam ni dulu. Jadi Suplemen Dalam Kehidupan adalah amat penting. Jom kita tengok  sebab-sebab yang menjadi punca masalah keletihan kita…


Kenapa Badan Selalu Rasa Letih

Kekurangan Darah - Badan kekurangan vitamin -seperti zat besi, folik dan vitamin B.  Pada masa yang sama akan pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Cara mengatasi adalah banyakkan makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah. Atau mungkin Vitamin Untuk Darah Rendah boeh menolong.

Cantik Tertarik Kau Memang D'Bomb

Nak turun berat badan? Yang paling penting ialah kita mesti memahami konsep sebenar dalam menurunkan berat badan, ianya adalah penting. Konsep terbaik dalam penurunan berat badan adalah...

Membina Otot Yang Sihat

Otot yang sihat membakar lemak dengan berkesan, menjaga metabolisma, dan memastikan berat badan unggul kita tidak turun-naik. Fahamilah apa yang diperlukan oleh tubuh kita untuk kurus. Bukan ubat kurus, bukan kurus dalam masa seminggu, tapi penjagaan dalam bentuk diet yang tepat serta aktiviti fizikal yang konsisten.

Buang Dan Bakar

- BUANG Toksin dalam tubuh, sihatkan usus agar mudah menyerap nutrisi. Usus yang sihat, khasiat makanan mudah diserap.
- BAKAR Lemak dengan meningkatkan metabolisma lemak dalam tubuh.

1001 Macam Khasiat Madu


Dengan nama Sang Pencipta, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dia yang menciptakan lebah yang dengan nama lainnya An-Nahlu, salah satu mukjizat yang tercatat indah di dalam Al-Quran. Daripada terjemahan Ar-Rahman Surah An-Nahl : 69


"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Kajian Tentang Khasiat Madu

Tokoh kedoktoran dunia juga ilmuwan muslim yang terkenal, Ibnu Sina juga telah mengulas tentang khasiat madu dari segi kesihatan.