Dengan
nama Sang Pencipta, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dia yang
menciptakan lebah yang dengan nama lainnya An-Nahlu, salah satu mukjizat yang
tercatat indah di dalam Al-Quran. Daripada terjemahan Ar-Rahman Surah An-Nahl :
69
"Kemudian
makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),
serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya
kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu)
yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari
berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”
Kajian Tentang Khasiat Madu
Tokoh
kedoktoran dunia juga ilmuwan muslim yang terkenal, Ibnu Sina juga telah
mengulas tentang khasiat madu dari segi kesihatan.
Awet muda dan umur panjang
adalah di antara hasil dari pengambilan madu yang beliau amalkan. Menurut beliu
khasiat madu boleh menyembuhkan perbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi
dan jantung. Secara umum khasiat madu dapat menyumbuhkan pelbagai penyakit. Mengandungi
perbagai nutrisi di antaranya Vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E dan K. Juga
mengandungi garam galian, Beta karoten, dan Glukosa.
Khasiat Madu Untuk Kesihatan
Daripada pengalaman puterijamu sendiri, pengamalan meminum madu 1 atau 2 sudu besar setiap pagi ternyata memberi kesan yang sangat baik pada kesihatan. Di Antaranya adalah:
Mengatasi Masalah Lesu
- Puterijamu mengalami masalah tekanan darah rendah. Dengan pengambilan madu
dapat membekalkan kerperluan zat besi kepada badan. Seperti yang kita tahu di dalam
badan manusia zat besi memainkan peranan yang sangat penting
Mengatasi Insomia – Di Antara khasiat madu yang
diperolehi adalah dapat membantu mengawal tekanan serta menjadikan badan lebih
tenang dan rileks. Ini sangat membantu puterijamu yang kadang kala sukar
untuk tidur
Mengubati Masalah Ulser Mulut Dan
Gusi Bengkak - Sapukan
madu pada gusi yang bengkak serta ulser di dalam mulut. Biarkan untuk seketika.
InsyaAllah bengkak akan surut dan ulser akan hilang. Khasiat madu juga dapat
membantu mengurangi bau mulut
Bagi Kanak-Kanak
Meningkatkan Nafsu Makan – Di Antara vitamin yang
terkandung di dalam madu adalah Vitamin B. Vitamin ini dapat membantu
kanak-kanak menjadi lebih bertenaga disamping melindungi mereka dari perbagai
penyakit. Dalam masa yang sama membantu tumbesaran kanak-kanak dan menambahkan
kecerdasan minda kanak-kanak.
Membersihkan Sisa Kotoran Usus Besar – kanak-kanak yang mengalami masalah usus besar yang pra-matang akan membawa kepada masalah
sembelit yang amat teruk. Dengan khasiat madu yang berperanan membersihkan
perut dan usus, Insyallah masalah tersebut akan hilang. Zat Besi membantu
proses percernaan makanan. Dengan ini masalah sembelit dapat dipulihkan
Tips Kesihatan
- Setiap pagi amalkan minum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu. InsyaAllah mampu mengubati sebarang jenis penyakit disamping kekal awet muda anggun menawan.
- Bagi menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit muka cubalah memakai masker madu sekali seminggu. InsyaAllah kulit akan menjadi bertambah halus dan licin. Memakai masker dengan menggunakan madu tanpa sebarang campuran bahan lain atau dengan menambahkan yogurt, tea tree oil atau air mawar untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum.
- Campurkan 1 sudu madu ke dalam minuman kanak-kanak. Hasilnya mereka akan tidur dengan nyenyak
Azura [Puterijamu] Shaklee Independent Distributor [ID No :
1079295]
013-333 9243 | puterijamu@gmail.com
No comments:
Post a Comment