Manfaat Zink


Kita tahukan Zink diperlukan dalam metabolisma badan. Ianya bertindak sebagai komponen penting enzim.  Berperanan penting dalam sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual. Merupakan komponen untuk beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, kestabilan tahap hormon, proses penghasilan DNA, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan. 

Apa itu Zink? Jom kita tengok  kegunaan Zink dalam berbagai keadaan…

Apa itu Zink

jadi ahli shaklee


Mineral yang tidak dianggap penting? Betul kan. Zink adalah mineral penting yang terdapat pada hampir setiap sel di dalam badan. Berperanan penting dalam metabolisma sel dan pada masa yang sama diperlukan untuk sintesis DNA.  

Jadi Zink adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan badan yang normal dan sempurna bermula dari semasa kehamilan, peringkat anak-anak sehingga ke dewasa. Ramai yang tidak tahu tentang kepentingan Zink untuk kesihatan sperma serta kesuburan. Tahu tak pasal Vitamin Cinta?