Vitamin C adalah lebih menarik perhatian ramai jika dibandingkan dengan vitamin-vitamin yang lain. Itu termasuk Puterijamu. Tak tau kenapa, tapi macam suka je nak cerita pasal Vitamin C. Vitamin C adalah salah satu dari vitamin utama, sudah tentu ianya amat penting dalam kesemua aspek kesihatan badan kita.
Keperluan Vitamin C Untuk Badan
Jom kita tengok di antara fungsi Vitamin C- Membantu membina Kolagen, tisu-tisu badan, ligamen dan pembuluh darah
- Berperanan sebagai anti-oksida yang melindungi badan dari radikal bebas
- Berperanan mencegah penyakit sawan, iaitu penyakit yang berpunca daripada badan yang mempunyai kurang daya tahanan yang rendah.
- Boleh Mencegah sesetengah penyakit barah
- Dapat membantu Mencegah penyakit berkaitan dengan jantung
- Membantu dalam sistem Kesuburan lelaki
- Dapat mencegah serta menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam, selsema
- Mengekalkan sistem imunisasi, ketahanan badan untuk melawan penyakit agar badan kekal sihat
- Membantu pembentukan gigi, tulang, tisu badan dan tulang rawan
