Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkataan. Rebutlah peluang yang datang hanya sekali setahun dengan penuh penghayatan dan keinsafan. Tazkirah pagi dari puterijamu :) Sekali lagi puterijamu teruja untuk berkongsi pasal ibu hamil. Bukan sahaja di bulan Ramadan, ibu hamil perlu memastikan pengambilan diet seharian yang seimbang. Pastikan semasa bersahur dan berbuka, segala vitamin yang diperlukan badan adalah mencukupi.
Jom kita kongsi. Pastikan setiap makanan yang ibu-ibu ambil mengandungi
4 vitamin utama yang menjadi keperluan penting kepada ibu dan juga kepada janin.
Asid Folik - Sangat penting untuk perkembangan janin. Bertujuan
untuk mencegah kecacatan pada janin seperti masalah tulang belakang atau lumpuh.
Sumber : Sayuran hijau gelap seperti bayam, brokoli,
asparagus, tempe, hati, cendawan, dan pisang.